Tuesday 21 April 2015

Kepentingan Bunga Teratai

      Bunga teratai merupakan sejenis tumbuhan akuatik. Bunga ini berasal dari Asia. Terdapat pelbagai jenis warna bunga teratai seperti putih, biru, kuning dan sebagainya.

            Manusia sering menggunakan bunga teratai sebagai ubat tradisional. Daun, biji, bunga dan akar teratai boleh dijadikan ubat. Ia boleh mengatasi pelbagai penyakit seperti menurunkan darah tinggi, mengatasi insomnia dan mata merah.
     
       Bunga teratai terutama akarnya juga boleh dijadikan sumber makanan. Ia mempunyai kandungan yang khasiat bagi kesihatan manusia. Antaranya ialah karbohidrat, protein, vitamin B dan sebagainya. Akar teratai sering dimasak dalam bentuk sup, kuih atau dijadikan tepung dalam masakan orang Cina dan Jepun.

      Selain itu, bunga teratai juga digunakan sebagai simbol agama. Kebanyakan agama seperti agama Kristian, Hindu dan Buddha percaya bahawa bunga teratai melambangkan kesucian, kebijaksanaan dan kebebasan. Ia juga merupakan bunga rasmi bagi negara India, Mesir dan Vietnam.
     
      Kesimpulannya, bunga teratai dianggap penting dalam pelbagai agama. Ia juga banyak digunakan dalam perubatan dan masakan. 

sup akar teratai


Bunga Teratai


Maksud
Insomnia - susah tidur

Wednesday 15 April 2015

Kepentingan Air untuk Manusia/ Kegunaan Air untuk Manusia



        Air merupakan salah satu sumber alam semula jadi di muka bumi ini. Air adalah keperluan asas kepada semua hidupan. Tanpa air, manusia, flora dan fauna akan mati.

     Manusia memerlukan air untuk melakukan aktiviti harian. Antaranya aktiviti harian ialah memasak, mencuci, menyiram tanaman dan sebagainya. Manusia juga memerlukan air untuk tumbesaran dan mengekalkan kesihatan badan.

      Selain itu, air juga digunakan untuk menjanakan kuasa elektrik. Empangan Bakun, Kenyir, Semenyih dan sebagainya di Malaysia menghasilkan elektrik. Oleh itu, air dapat membekalkan elektrik kepada rumah-rumah, kedai, kilang dan lain-lain lagi.

      Di samping itu, air juga membantu manusia dalam pengangkutan. Contoh pengangkutan air adalah kapal, feri, perahu dan sampan. Pengakutan air dapat menghantar barangan atau manusia dari satu tempat ke tempat lain melalui jalan air.


     Kesimpulannya, kita harus menghargai air. Kita perlu sentiasa menjaga kebersihan air dan jangan membazir air.
Kegunaan Air

Empangan Bakun


Maksub:
flora - tumbuhan
fauna - haiwan